D'Mayang Sari Janjikan Suasana Damai





Projek terbaharu Seri Pajam tawar rekaan moden kontemporari

Pemaju perumahan Seri Pajam memperkenalkan projek terbarunya D'Mayang Sari yang menyediakan suasana persekitaran kehidupan dikelilingi kehijauan. Terletak di kawasan landskap sedia ada di Nilai, rumah teres dua tingkat dengan bentuk seni bina menarik dan suasana kehidupan mendamaikan, D'Mayang Sari dibangunkan di kawasan kediaman yang selesa dan merangkumi segala kemudahan buat bakal pemiliknya. Merupakan satu daripada kawasan kediaman komuniti ber-pengawal di Nilai, rumah yang mempunyai reka bentuk moden kontemporari itu dibina dalam suasana kehijauan yang dapat membawa penghuninya lari jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan bandar, sekali gus memberikan kehidupan tenang. D'Mayang Sari direka dengan bentuk bahagian hadapan yang moden menggunakan tingkap, sekali gus memberikan pengelua-ran keluar masuk udara dan cahaya. Dengan menampilkan rekaan ergonomik, penggunaan ruang yang inovatif bukan saja dapat menjadikan suasana segar tetapi kediaman juga kelihatan mewah serta harmoni.

Konsep rekaan terbuka Pada setiap sudut rumah dapat dilihat konsep rekaan terbuka dengan penggunaan jubin pada dinding, manakala bahagian belakang dan depan turut dibuat penyambungan sepenuhnya. Pembeli tidak perlu membuat tambahan lagi.


Pelan lantai rumah ini direka secara maksimum tanpa sebarang sudut yang. pelik atau kecacatan pada pernbinaan, menjadikan kediaman yang disediakan oleh Seri Pajam sangat berkualiti. Dengan penyambungan penuh depan dan belakang is memberi penjimatan kepada pembeli tanpa perlu mengeluar belanja untuk melakukan pengubahsuaian atau kerja pembinaan tambahan, sekaligus membolehkan pembeli berpindah tanpa sebarang kesukaran.


Pembangunan baharu juga dapat menghubungkan penghuninya dengan alam dan cara hidup hijau. Ia dapat meningkatkan bio dinarnik menerusi konsep taman. Anda boleh bermula dengan laluan pejalan kaki yang romantik di Eco Lake ke kawasan riadah di Kite Lawn, melakukan senaman taici dalam udara nyaman pada waktu pagi bersama jiran di Linear Garden. Anda juga boleh melakukan aktiviti keluarga di Linear Park dan boleh membiarkan kanak-kanak bermain tanpa terkena pancaran sinaran matahari di taman permainan berbumbung, direka un-tuk menggalakkan aktiviti sihat yang dapat mengeratkan lagi se-mangat kejiranan.


Akses jalan raya mudah

D'Mayang Sari juga mudah dihubung menerusi jalinan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Di sekitar kawasan perumahan ini sudah tersedia dengan pel-bagai kemudahan seperti pusat perniagaan, pasar raya besar, ste-sen komuter, bank, kedai, restoran, kolej dan pusat perubatan. Seri Pajam Development menawarkan harga jualan D'Mayang Sari bermula daripada RM475,000 seunit dan turut menyerap yuran perjanjian jual beli (SPA).

.


RECENT POSTS

ARCHIVE

BE IN 
TOUCH
  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
  • White Twitter Icon
  • White LinkedIn Icon
  • White YouTube Icon
  • White Pinterest Icon

© 2017 by Seri Pajam Development. All Rights Reserved.