Pelanggan guardian menang rumah impian



EMPAT puluh satu orang pelanggan Guardian Malaysia menempuh detik-detik yang menyeronoldcan dalam cabaran realiti selama sejam yang menyaksikan kecerdasan mereka diuji dalam pertandingan akhir Guardian Win-A-House (WAH). Di penghujung pertandingan akhir itu, salah seorang peserta muncul sebagai juara dan sekali gus meraih hadiah utama berupa rumah teres dua tingkat bernilai RM489,000 di Seri Pajam, Nilai. Peserta-peserta yang lain pula tidak pulang dengan tangan kosong. Ada antara mereka membawa pulang 500,000 mata penerbangan dan 10 Slow Juicer Kuvings, bernilai lebih daripada RM2,800 setiap satu, 40 peralatan La Gourmet berserta hamper produk bernilai RM 100 setiap seorang. Pertandingan WAH pertama kali dianjurkan oleh Guardian Malaysia sempena sambutan berganda ulang tahun ke-49 Guardian dan. Had Kebangsaan Malaysia. Pertandingan yang berlangsung dari 28 Julai hingga 28 September lalu memerlukan pelanggan meneka bilangan pek tisu Guardian yang dimuatkan di dalam model rumah arkilik, berukuran 2 kaki (lebar). 3 kaki (tinggi) dan 3 kaki (panjang). Pengarah Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Christina Low berkata, "Karni merasakan bahawa menghadiahkan sebuah rumah dua tingkat adalah satu cara yang cukup bermakna untuk menghargai para pelanggan. kami atas sokongan mereka sejak 49 tahun yang lalu di samping kebimbangan semasa terhadap kemampuan memiliki hartanah kediaman. "Dengan mengadakan acara kemuncak yang mencabar dan menyeronokkan ini, kami berharap akan lebih menggalakkan keakraban dan semangat kesukanan dalam kalangan pelanggan kami dan menjadikannya sebuah Kara yang sukar dilupakan," tambah beliau. Pertandingan tersebut menerima lebih 40,000 penyertaan dari seluruh Malaysia. Rumah impian yang terletak di kawasan Bandar D'Mayang Sari dibangunkan oleh Seri Pajam Development Sdn Bhd, pemaju yang telah merangkul pelbagai anugerah. Rumah tersebut bakal siap tahun hadapan direka dengan ciri-ciri yang menonjol dan ergononomik yang membolehkan penggunaan ruang yang inovatif. Ciri-ciri ini digabungkan untuk memberi suasana unik yang mewah dan harmoni.



RECENT POSTS

ARCHIVE

BE IN 
TOUCH
  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
  • White Twitter Icon
  • White LinkedIn Icon
  • White YouTube Icon
  • White Pinterest Icon

© 2017 by Seri Pajam Development. All Rights Reserved.