
Seri Pajam terima anugerah 'Rumah Selamat Terbaik' Asia Pasifik 2015-2016 23/05/2015 7:27pm
KUALA LUMPUR - Pemaju hartanah Seri Pajam Development Sdn. Bhd. memenangi kategori 'Rumah Selamat Terbaik' dan 'Unit Tunggal Hartanah Cemerlang' pada Anugerah Hartanah Asia Pasifik 2015-2016 baru-baru ini. Pengarahnya, Tey Soo Leng berkata, anugerah dimenangi bagi projek Nada Alam di Pajam, Negeri Sembilan.
Nada Alam yang mempunyai nilai pembangunan kasar RM630 juta, diperkenalkan ke pasaran dua tahun lalu sebagai kehidupan 'hijau' dan konsep gaya hidup mampan. la dibangunkan di atas kawasan pegangan bebas seluas 64.75 hektar dan dibahagikan kepada lima presint yang setiap satu dengan kira-kira 5.26 hektar kawasan hijau. -Bernama