top of page

Seri Pajam lancar projek pangsapuri Nada Bidara

Updated: Mar 6, 2023


SEREMBAN - Pemaju hartanah Seri Pajam Development Sdn Bhd melancarkan projek perumahan pertamanya di kawasan Labu di sini berkonsepkan kediaman berstrata pangsapuri dikenali sebagai Nada Bidara.


Dengan harga permulaan RM246,500 sehingga RM379,000, projek yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM483.3 juta itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan da-ripada bakal pembeli.


Ketua Pegawai Operasinya, Ten Wee Seong berkata, ini kerana lokasinya strategik iaitu berada di antara Seremban dan Nilai serta berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan berada dalam kawasan projek Lembah Wawasan Malaysia (MVV).


"Selain itu lokasi ini turut berada berhampiran stesen Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang dicadangkan dan kawasan Sendayan yang kini sedang membangun yang sudah tentu akan menjadi sumber pelaburan terbaik kepada Seri Pajam lancar projek pangsapuri Nada Bidara pembeli.


"Kami yakin Nada Bidara akan diterima balk dalam pasaran, malah lebih 200 unit rumah fasa pertama iaitu Tunas Residensi telah terjual," katanya pada sidang akhbar sempena pembukaan galeri jualannya di sini semalam.


Wee Seong berkata, terdapat 1,700 unit rumah ditawarkan di kawasan seluas 37.4 hektar itu yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Menurutnya, pangsapuri setinggi tujuh dan lapan tingkat itu menawarkan pilihan keluasan 930 sehingga 1,000 kaki persegi dengan tiga bilik dan dua bilik air.


"Projek pembinaan fasa pertama ialah Tunas Residensi terdiri daripada tiga blok ke-diaman sebanyak 460 unit dan dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.


"Terdapat lebih 11 kemudahan akan diintegrasikan ke dalam tunas ini untuk kegunaan eksklusif penduduk iaitu dewan, trek joging, tasik seluas 1.5 hektar yang memberi pemandangan menenangkan serta enam kiub sky yang dilengkapi aktiviti berlainan," katanya.


Katanya, perumahan itu berada dalam kawasan berpagar dan mempunyai pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam sekaligus memberi lebih jaminan keselamatan.



145 views0 comments
bottom of page