top of page

Seri Pajam menang anugerah

Updated: Mar 6, 2023


Seri Pajam Development Sdn Bhd (Seri Pajam) berjaya memenangi anugerah Hartanah Asia Pasifik 2015-2016 bagi dua kategori iaitu Rumah Selamat Terbaik dan Unit Tunggal Hartanah Cemerlang bagi projek Nada Alam yang terletak di Pajam. Negeri Sembilan.


Pengarahnya, Tey Soo Leng berkata syarikatnva berbangga dengan kemenangan itu hasil daripada sikap peka dengan kehendak pelanggan dalam setiap pernbangunan projek hartanah Seri Pajam "Kami berbesar hati untuk menerima pengiktarafan antarabangsa bagi komitmen ini di mana Nada Alam adalah projek pembangunan perdana kami selepas memulakan operasi perniagaan dengan sederhana.- katanya dalam kenyataan di sini semalam.


Nada Alam adalah projek yang memiliki nilai pembangunan kasar sebanvak RM630 juta dan keluasan 64.7 hektar di mana is dibahagikan kepada lima presint dengan ruang hijau kira-kira 3.26 hektar. Projek ini dibina dengan Sistem Pembangunan Industri (IBS) di mana bahan binaan dibawa ke tapak projek dalam persekitaran terkawal di mana is juga menjimatkan masa dan boleh disiapkan pada masa lebih cepat. Beliau berkata. unit rumah di Nada Alam didatangkan dengan Eko- Pengudaraan iaitu sebuah struktur integrasi bangunan yang membekalkan penyaman udara semula jadi bertujuan untuk memaksimumkan pengudaraan semula jadi


29 views0 comments
bottom of page