Memiliki rumah adalah impian setiap individu dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) berdiri sebagai satu platform yang membantu para kakitangan kerajaan untuk merealisasikan impian tersebut. Keistimewaan yang ditawarkan oleh LPPSA memberikan peluang lebih baik kepada para penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri. Namun, adakah anda tahu berapa banyak pembiayaan yang anda layak?
Pertama sekali, anda perlu menentukan kelayakan pembiayaan anda. Amaun ini boleh didapati dengan menggunakan Kalkulator Pembiayaan yang telah disediakan pada laman web LPPSA. Menurut jadual kelayakan pembiayaan LPPSA, ansuran bulanan untuk bayaran balik pinjaman tidak boleh melebihi 60% dari pendapatan bersih dan hutang tidak boleh melebihi 80%.
Berikut adalah jadual yang menunjukkan kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA berdasarkan pendapatan bersih:
source daripada www.lppsa.gov.com.my
Bagi memastikan anggaran anda tepat, pastikan memasukkan semua sumber pendapatan termasuk Gaji Pokok, Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)/ Imbuhan Tetap Keraian (ITK), Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/ Elaun Perumahan Wilayah (EPW), Imbuhan Tetap Jawatan Utama/ Khas (ITJU), Bantuan Sara Hidup dan Elaun Memangku.
POTONGAN WAJIB yang diambil kira termasuk KWSP, PERKESO/ SOCSO, Cukai/ Income Tax, Arahan Makhamah, Pulangan Gaji dan Bayaran Pinjaman Perumahan Perseketuan/ Kerajaan Negeri/Badan Berkanun. Potongan Zakat, Potongan Khas ATM, dan Potongan bersifat tabungan/ simpanan ASB / Lembaga Tabung Haji TIDAK diambil kira oleh Lembaga.
Sebagai tambahan, anda juga boleh membuat permohonan pinjaman LPPSA bersama-sama dengan isteri/suami anda. Ia bukan sahaja terhad kepada pasangan, malah boleh dilakukan antara anak dan ibu/bapa atau adik beradik kandung. Namun, pastikan salah seorang daripada penama adalah penjawat awam dan semua nama tertera dalam perjanjian jual beli.
source daripada www.lppsa.gov.com.my
Semoga penjelasan ini membantu anda menentukan jumlah pinjaman yang anda boleh dapatkan melalui LPPSA. Jika ada sebarang pertanyaan, sila lawati laman web rasmi LPPSA https://www.lppsa.gov.my/v3/my/ Semoga impian anda untuk memiliki rumah sendiri dapat direalisasikan dengan bantuan LPPSA. Selamat mencapai impian anda!
Untuk melihat pilihan rumah impian anda, jemput ke www.seripajam.com.my/onlinesales. Temui rumah yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda hari ini.
LPPSA, jenis hartanah, pembiayaan perumahan, kakitangan, penjawat awam, rumah mampu milik, Nilai, Seremban, Negeri Sembilan, Gadong Jaya, Nada Embun, Nada Alam, Nada Bidara
LPPSA: Semak Kelayakan Anda dan Jumlah Pinjaman Anda